Tuesday 9 June 2015

Hatyai - 3D2N

Assalam & Good Day...

Day 1:
Dah malas nak cite pasal Jepun...now nak cite pasal Hatyai plak..my latest trip.  Ini adalah trip free & easy.  Nape free & easy??..sbb bawa makcik & pakcik  yang tak bole nak aktif sangat. Trip ini berlaku pada 4-6 Jun 2015 (Khamis - Sabtu).  Kita orang travel dengan kereta dr Jitra. Aku dari Jitra & kawan aku dari KL.  Janjinya nak jumpa kt Changlun, tapi sbb dia agak lambat sampai, kita orang hanya berjumpa di Hatyai saja.  Please make sure isi minyak full tank sebab minyak Siam sangat mahal.  Bertolak dari rumah pukul 2.30 petang..sampai kt Bukit Kayu Hitam,  kereta beratur agak panjang juga sampai ke traffic light UPP.  Tapi kita orang dah agak sebab cuti sekolah..so bersabar saja la.  Beratur pun sekejap saja...sampai ke border Danok pun orang tak berapa ramai beratur, dalam 20 minit gitu dah settle sume.  Dalam pukul 3.45 petang waktu Malaysia dah berjaya masuk ke Danok.  Sampai ke Danok, singgah beli sim card Internet.  RM35.00 untuk 1 minggu,  penting ni untuk mengoperasikan waze sebab ini 1st time pegi drive sendiri..sblm ni org lain yg drive, adik kt sebelah sebagai penunjuk jalan.  Seminggu sebelum tu, dah buat insurans dan tukar duit.  Insurans tu wajib buat sebab nak bawa masuk kenderaan ke Thailand...3 hari dalam RM14.00.  Duit plak time tukar tu duit Malaysia mcm dah naik skit 100 baht = RM9.21

 
Sepanjang perjalanan tidak ada perkara aneh berlaku..cuma perlu berhati2 saja la..sebab pemandu Siam ni ganas gak la memandu.  Sepanjang perjalanan, suasana jalan tu lebih kurang Malaysia juga, ada sawah padi, pokok getah, night market, perumahan, sekolah, wat Siam, kilang  etc.  Sampai ke bandar Hatyai dalam pukul 5.00 petang waktu Thailand ( Thailand sejam awal dari Malaysia).  Check in kat Diamond Plaza Hotel Hatyai.  Hotel ini dapat dari Agoda & Booking.com...RM250.00 untuk 2 malam.  Kedudukan memang betul2 central Hatyai..sume ade kt area situ...Night Market, Halal Restaurant...Check in...pastu solat Asar..then kluar utk makan.  Destinasi pertama adalah Night Market...mmg sekeliling tu saja...barang-barang pun sama gak..kain baju..gerai buah..gerai pulut ayam...Ramai juga peniaga yang boleh bercakap Melayu. 




Diamond Plaza Hotel, sangat convenience sebab berdekatan dengan tempat shopping dan halal restoren.


Antara makanan halal yang dijual di night market.

Ni antara rombongan cik kiah ke Hatyai, Mak Njang, C Ah (adik) & Nad (sepupu) di lorong night market berhadapan dengan Pink Lady Complex (ada apa disini??..sila la teka)


Lorong beg di night market.


Kenderaan yang sangat popular di Thailand , TUT TUT.  Naik tut2 untuk ke Asean Night Bazaar.
 




Dah abis pusing sekitar hotel..dah aim apa yang nak dibeli..kedai mana yg offer best price..kita orang decided nak pegi ke Asean Night Bazaar.  Naik tut tut (kenderaan yang sangat popular di Thailand).  Tambang 20 baht Thailand.  Bazaar ni 2 tingkat, tingkat bawah untuk kain baju, kasut, acessories etc dan tingkat atas tempat makan.  Ada halal food dari peniaga Islam..so makanan halal memang tak ada masalah di Hatyai.  Lepas makan, tour bahagian bawah plak...kena pandai bargain sebab harga yang ditawarkan tu agak mahal..at least 20%-30% bargain dari harga asal.
 

 Bergambar dulu sebelum cari makan di Asean Night Bazaar.  Concept stall, banyak Halal Food.
 
Asean Night Market, 2 tingkat...GF jual baju..tingkat atas sume makanan.

 Mesti cuba Bihun Tomyam.
 
  Ayam goreng & nasi campur.

 Kedai sebelah hotel, ade t shirt & kain pasang.  T- shirt ikut saiz, saiz kecil 100 baht, klu saiz L dan keatas 120 - 150 baht.  Kain pasang plak dalam RM15 ke RM19 semeter.

 Lepas shopping balik semula ke hotel...boleh tahan tut tut kat depan area Bazaar ni.  Sebelum balik hotel, singgah 7E beli mineral water dan pusing lagi night market beli buah.  Sampai hotel..mandi, solat dan terus bim(tido).

Day 2 :

Keluar breakfast seawal 7.30 pagi di restoren Kelantan.  Jalan kaki je sebab 5 minit je dari hotel. Semua makanan ada dan makanan pilihan adalah nasi kerabu dan nasi lemak.  Pak sedara makan roti bakar.   
Breakfast untuk hari pertama di Kelantan Restoren, nasi kerabu, nasi lemak dan roti bakar.

 Tengah menunggu roti bakar pak haji, sangat lambat.

Kelatan Restoren - bole bayar dalam RM kalu baht Thailand tak cukup.


 Lepas breakfast, drive ke Zoo Songkla tempoh perjalanan 30 minit.  Fees masuk adalah 150 baht Thailand untuk dewasa dan 50 baht untuk kenderaan.  Zoo ini sangat luas dan kita bole naiki kenderaan sendiri untuk melihat binatang.

Zoo Songkla lebih kurang 25 km dari Hatyai.


 Anak merang kah ini??.Tak kenal sangat binatang.

 Burung ni mcm terbang2 je...x buat benda pun...terbang2 masuk sangkar..

 Merang melintas tali...

 Pak Haji dengan burung.  Yang ni memang dia suka.

 Crocodile yang sangat malas.

 Ada beberapa ekor tiger, lion...kebanyakkannya sedang tido.


 Zirafah ni x de pasanagan, dibiarkan bermain dengan burung kasawari.



Hampir separuh hari di zoo kami meneruskan perjalanan ke Samila Beach untuk makan.  Kita orang makan di Amina Cafe.  Disini sangat banyak cafe halal yang menjual seafood.  Pilih je la cafe yang mana pun sebab masakan sume sama je.  Tapi Amina Cafe ni mcm lambat sikit dia serve food.  Lepas makan sambung perjalanan ke Mermaid Beach...dekat area Samila Beach ni gak.  Datang sini just nak tengok batu mermaid yang dah jadi landmark pantai ini.  Dah abis tour pantai, terus balik ke Hatyai semula.  Cadangan asal untuk berhenti solat di Masjid Besar Songkla tak kesampaian sebab badan dah melekit sangat..perlu untuk bersihkan diri dulu.  Untuk makluman cuaca Hatyai & Songkla ni sangattttt panas.
 Antara beberapa restoren di Samila Beach.  Kebanyakkannya Halal.

 Tak sempat nak amik gambar makanan akibat terlalu lapar.  Licin, clear sume makanan.

Datang Samila Beach semata-mata nak bergambar dengan mermaid.  Legend mermaid ni sebab masa kecik2 dulu datang sini pun bergambar dengan dia, tapi time tu warna hitam.  Datang time besar ni pun masih ada lagi.  Dulu kalau x dengar cakap, mak akan cakap nanti kena sumpah jd macam mermaid kat Songkla, huhuhuhu, x berani nak bantah kata-kata mak.

Balik hotel mandi & bersihkan diri, solat pastu kluar semula menaiki tut tut ke destinasi seterusnya iaitu floating market.  Tambang 450 baht return..driver tut tut ni akan tunggu kita disini..janjinya untuk 2 jam shopping, perjalanan selama 20 minit.  Memang sangat ramai orang Malaysia kat sini.  Shopping dulu baru makan.  Ada sume jenis makanan Thailand disini.  Kebetulan disini ada recording rancangan Fizo Omar sebagai pengacara.  Lepas makan, bergambar dan balik semula ke hotel.  Sebelum sampai hotel, shopping dulu kedai2 yang di aim untuk shopping semasa sampai semalam.  Lepas shopping balik bilik trus kroh kroh (tido).  Memang hari yang memenatkan today.

 Selamat sampai ke Floating Market Hatyai, naik tut2, tambang 450 baht return.

 Floating boat tempat jual makanan..bahagian atas tu tempat jual pakaian & souvenir.

 Kedai yang jadi tumpuan kita orang, kedai seluar batik & pelikat saiz besar.  Habis licin kena borong dengan set2 ni.

 Banyak makanan dah habis semasa kita orang sampai.  Kepok lekor dia sangat sedap.

 Ini juga yang sedap, meat ball bihun sup, air kelapa & kepok lekor.



Day 3 :

Packing sume barang untuk check out.  Hari ni adalah hari terakhir kami disini.  Banyak plak barang set2 ni shopping.  Letak sume barang dalam keta, then kita orang gi breakfast kat Maliam Restoren. Ada yang makan nasi goreng, roti canai & pulut mangga.  Standard price untuk food kt sini between 50-70 baht dan portion dia lagi sikit dari Malaysia.

 Breakfast hari ke 3 di Maliam Restoren - disini servis agak cepat.

 Pulut mangga, mesti cuba, sedap sangat.

 Mangga, pulut & santan - lemak berkrim, sbb tu sedap sangat.


  
Seperti biasa, makanan sedap ke tak mesti abis licin.  Tak rugi bawa berjalan.

Lepas makan, shopping lagi on the way balik ke hotel, sampai hotel check out, then route ke Ice Dome Hatyai yang terletak di Hatyai Park.  Bayaran masuk adalah 300 baht termasuk winter jacket & glove. Kalau nak assesories lain kena tambahan bayaran.  Kecik je pun Ice Dome ni dan suhunya mencecah -15 darjah celcius.
 Disebabkan Hatyai ni terlalu panas, kita org pun mencari la tempat sejuk.  Memang sejuk sungguh, plan awal nak masuk sejam, 20 minit dah tak daya, sejuk sampai nak migrain. Bayaran 300 baht untuk dewasa.

 Cik kiah je masuk dalam Ice Dome, pak haji lagi rela berasap kt luar.

 Mak Njang ku sangat sporting bergambar.



   

 Ni di bahagian exit, ade jual minuman panas.  Kalau dah sejuk sangat bole la pekena minuman panas dulu. Kawan aku yang dulunya setahun sekali mesti jalan sama-sama satu famili.  Sekarang berjalan sama-sama di Hatyai.

Selepas Ice Dome terus balik ke Danok untuk shopping dan makan.  Memang dah plan untuk beli beras dan segala jenis kekacang di Danok sebab harga lagi murah.  Mak & pak sedara ni sempat lagi shopping towel, kain baju untuk habiskan baht Thailand.  Makan di restoren yang kita orang biasa makan, nasi goreng ikan masin, nasi goreng goreng pattaya, nasi goreng daging merah, nasi goreng cili padi dan ayam goreng berjumlah 420 baht.  Selesai makan terus ke emegresen, chop passport (orang tak berapa ramai), beratur agak panjang di emegresen Malaysia (30 minit juga la) then sampai kat kastam, dia org minta buka bonet kereta..mmg terkejut la kan dengan barang-barang shopping.  Tapi tak ada yang kena tax pun.  Balik singgah masjid Hosba untuk solat.

Alhamdullillah, perjalanan yang agak mudah dan selesa, tak perlu rushing.  Dengan berbekalkan 3000 baht Thailand, aku dapat makan & shopping barang yang aku nak..hehheehe..murah kan.  Apa yang aku dapat : T Shirt (100 baht sehelai), fridge magnet (100 baht 3 biji), seluar pelikat (150 baht sehelai), makan, jajan, tambang tut2 & juga entrance fees.


No comments:

Post a Comment